Seuntai kata untuk di rasa

salam semuanya,salam bahagia,, hehehe..saje jer nak menggatal menaip ni ha..hahaha

ada benda nak ceciter ni..best tak blog ni? cntik tak ?

kalau nak leh PM saya yer..

jumpa lagi tau

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jutawan automatik Sukses

Buat pengetahuan anda, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah sudah lama berada di dalam bidang motivasi tetapi masih mampu menduduki tempat teratas di antara pakar-pakar motivasi yang utama di negara Malaysia walaupun bidang yang beliau ceburi mempunyai ramai pesaing!

Di dalam kesempatan tersebut, beliau telah berkongsi beberapa perkara yang menjadi "rahsia" kejayaan beliau tetapi ianya terlalu panjang untuk saya kongsikan di sini.

Di sini saya cuma ingin berkongsi salah satu dari rahsia yang telah beliau kongsikan bersama saya iaitu – Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik!

Dalam apa jua perkara yang beliau lakukan, Dato' akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak suka untuk melakukan sesuatu dengan sambil lewa atau tidak dengan sepenuh hati. Beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua yang beliau lakukan.

Sikap inilah yang telah mampu membantu beliau untuk terus berada di puncak tertinggi senarai pakar motivasi yang terdapat di Malaysia pada masa kini.

Pada saya, sikap hebat yang beliau miliki ini wajib dicontohi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira apa jua bidang yang anda ceburi.

Di dalam perniagaan internet, anda perlu memiliki sikap ini untuk membolehkan anda mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi. Terlalu ramai orang yang menceburi sesuatu model perniagaan internet pada masa kini tetapi hanya melakukannya dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya, hasil yang mereka perolehi tidaklah seberapa. Ini akan mengakibatkan mereka menyalahkan model perniagaan internet tersebut yang telah menyebabkan mereka tidak mampu mencapai kejayaan walhal sebenarnya ia adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang tidak bersungguh-sungguh di dalam melakukan model perniagaan tersebut.

Oleh itu, jika anda ingin mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi, contohilah sikap Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah iaitu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments